Ada contoh/sampel gubahan yang pernah dibuat?
Berikut adalah gambar contoh gubahan hantaran bunga segar.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmmNkPxG9YWr_neNFwugZ9iQu4jSh0haGn3p_98xhLgHfIgogaxStDIAMXpqCLQj36XAwmZWeg3UugC5PlSDcwatJptum1bo-BOF7iT9_vT70zh1cFzBbLl78YTZeCVhwEKBJZZVmZtw/s400/DSC_2892.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbC0pcQoZp05GccVuCvhZS_tH0EmLq2wvz7F6PuA4YYPn3Muhei6cH4TrWLtE2iQrPL_vKteUkBROHJD86ItJskjpfprWjoDNG-RNRl_uhTMDLPRKtcCaI1y9FgNQXL4sciBUxb51zOA/s400/DSC_2869.jpg)
Apakah tema atau warna yang disediakan?
Anda boleh pilih sendiri tema/warna mengikut citarasa anda. Kami akan memilih padanan bunga mengikut tema/warna tersebut.
Bolehkah saya memilih bunga sendiri?
Boleh, apa salahnya. Kalau anda ingin membeli sendiri bunga tersebut, terpulang kepada anda. Selepas itu, serahkan kepada kami dan kami akan sediakan gubahannya.
Bagaimanakah dengan harganya?
Kos gubahan hantaran tertakluk kepada kuantiti dan jenis bunga serta bilangan hantaran. Kami boleh sediakan gubahan mengikut kuota bajet anda.
Bagaimana nak buat tempahan?
Email atau sms kepada kami butiran-butiran seperti nama, lokasi, bajet serta bilangan hantaran. Setelah harga dirunding dan persetujuan dicapai, kami akan mula menyediakan gubahan setelah menerima bayaran deposit.