Ada contoh/sampel gubahan yang pernah dibuat?

Berikut adalah gambar contoh gubahan hantaran bunga segar.














Apakah tema atau warna yang disediakan?

Anda boleh pilih sendiri tema/warna mengikut citarasa anda. Kami akan memilih padanan bunga mengikut tema/warna tersebut.


Bolehkah saya memilih bunga sendiri?

Boleh, apa salahnya. Kalau anda ingin membeli sendiri bunga tersebut, terpulang kepada anda. Selepas itu, serahkan kepada kami dan kami akan sediakan gubahannya.


Bagaimanakah dengan harganya?

Kos gubahan hantaran tertakluk kepada kuantiti dan jenis bunga serta bilangan hantaran. Kami boleh sediakan gubahan mengikut kuota bajet anda.


Bagaimana nak buat tempahan?

Email atau sms kepada kami butiran-butiran seperti nama, lokasi, bajet serta bilangan hantaran. Setelah harga dirunding dan persetujuan dicapai, kami akan mula menyediakan gubahan setelah menerima bayaran deposit.


Seri Hantaran berbesar hati membantu anda dalam persediaan bagi majlis perkahwinan. Berikut adalah perkhidmatan tambahan yang disediakan oleh pihak kami:


Bunga Dulang

Bunga Telur

Bunga Tangan

Cenderamata/ Souvenir

Make Up

Fotografi


Sila emelkan kepada kami sebarang pertanyaan berkenaan harga dan pakej. Terima kasih :)

1) Deposit sebanyak 50% diperlukan untuk pengesahan tempahan (tidak akan dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan). Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum penghantaran (melalui pos) atau semasa kutipan barang-barang hantaran.


2) Tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh majlis atau tarikh penghantaran/kutipan.


3) Bayaran boleh dibuat kepada akaun Maybank atau CIMB. Butiran akan diberikan setelah tempahan disahkan.


4) Sila emelkan atau sms nama penuh, alamat, nombor untuk dihubungi dan bukti bayaran kepada chantek.berseri@gmail.com / 017 2426216


5) Segala barangan yang telah dijual tidak boleh dipulangkan/ ditukar/ pemulangan wang.


6) Segala barangan boleh dihantar melalui pos. Walaubagaimanapun, gubahan hantaran digalakkan untuk ambil sendiri di lokasi yang akan ditetapkan.


7) Kos penghantaran pos akan ditanggung oleh anda, bergantung kepada saiz dan berat.